MODUL FROG VLE

PIE (Participation, Interaction, Engagement)
Bengkel ini membimbing peserta untuk menarik perhatian dan meningkatkan penglibatan pelajar secara interaktif di dalam P&P melalui penghasilan laman baharu dengan menggunakan 3 widget iaitu Text, Media dan Wall di dalam Frog VLE. Bengkel ini juga akan memberi ruang untuk guru berkongsi idea berkenaan pengurusan kelas.

TEH AIs (Tech Enhancement for Assessment and Interaction)
Bengkel ini menawarkan perkongsian tentang cara memanfaatkan dan menyesuaikan penggunaan teknologi dalam P&P dan meningkatkan kecekapan P&P melalui penggunaan FrogVLE dengan menggunakan 3 widget iaitu Poll, Quiz, Form berfokus kepada aspek interaksi dan penilaian.


CAKE (Connect And Keep Eng
Bengkel ini bertujuan untuk memperkasa guru-guru dan pelajar-pelajar dengan satu cara pembelajaran yang kreatif dan inovatif melalui teknologi persidangan video dengan gabungan penggunaan laman Frog, iaitu konsep pembelajaran Frog Connected Classroom.aging)



PUFFS (Projects Using Frog For Students)
Bengkel ini direka untuk guru-guru yang ingin melibatkan pelajar dalam pengajaran abad ke-21 melalui pembelajaran berasaskan projek dengan menggunakan Frog VLE. Bengkel ini juga memberi ruang untuk guru untuk berkongsi pengalaman mereka dan merekabentuk projek digital bagi pelajar dengan menggunakan widget-widget tertentu.



GULAI (Game Up Learning And Involvement)
Bengkel ini akan memperkenalkan FrogPlay sebagai aplikasi ulangkaji untuk murid dengan kandungan kuiz sedia-ada, permainan mini dan laporan prestasi yang komprehensif. Ia juga merangkumi kaedah membimbing pembelajaran murid melalui maklum balas berterusan ke atas prestasi murid melalui penggunaan aplikasi FrogPlay.



NASI LEMAK (Modul Hub FrogAsia Yang Bertemakan Aplikasi-Aplikasi Mudah Alih Frog)
Modul NASI LEMAK adalah modul yang merangkumi kesemua modul-modul yang berkenaan dengan telefon pintar YES Altitude dan aplikasi-aplikasi mudah alih Frog - Frog Assignment, Frog Chat dan Frog Snap. Cikgu boleh memilih untuk memulakan sesi bengkel dengan menggunakan mana-mana modul yang berkenaan.



FrogBites - Modul E-latihan Frog VLE untuk guru-guru
Modul E-latihan FrogBites disediakan khas untuk guru-guru yang ingin mengaplikasikan Frog VLE di dalam P&P. Ia direka supaya lebih senang dan fleksibel untuk dipelajari dan merangkumi kemahiran asas menggunakan Frog VLE. Modul ini memberikan guru kebebasan untuk belajar pada bila-bila masa, mengikut keupayaan sendiri.

No comments:

Post a Comment